Cabaran Keusahawanan Dagang (TRADEC’17) Bermula! | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Cabaran Keusahawanan Dagang (TRADEC’17) Bermula!

Cabaran Keusahawanan Dagang (TRADEC’17) Bermula!

Serdang,10 Julai 2017- Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah memulakan Program Cabaran Keusahawanan Dagang (TRADEC’17) untuk tahun 2017. Program TRADEC’17 adalah penganjuran kali kelima berturut-turut semenjak tahun 2013. Program ini dimulakan dengan pelaksanaan Bengkel Intensif TRADEC’17 bermula pada 10-14 Julai 2017 di Kolej Canselor UPM dan seterusnya peserta akan menjalani Cabaran Community Business Turnaround di komuniti pilihan pada 15-17 Julai 2017.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk:

  1. Mewujudkan satu program cabaran keusahawanan realiti dimana mahasiswa dan graduan dilibatkan secara langsung dalam modul komprehensif dalam perniagaan trading;
  2. Menaiktaraf ekonomi usahawan komuniti pilihan melalui aktiviti keusahawanan melalui libatsama peserta TRADEC’17.

Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada Alumni UPM, dan pelajar UPM yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan telah menyertai program. Mereka akan bersaing dan merebut gelaran JUARA pada musim ini. 11 orang pakar dalam bidang industri diketengahkan untuk berkongsi pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing dengan usahawan muda UPM.

Pada kali ini, cabaran akan lebih sengit dan peserta akan melalui 3 proses cabaran sepanjang tempoh program. Di dalam tempoh cabaran peserta akan menjalankan perniagaan berasaskan “Trading” dan akan dinilai oleh juri profesional dari agensi.

UCTC UPM Deputy Director, Assoc Prof Dr Faez Firdaus Jesse Abdullah launch TRADEC'17

Tarikh Input: 10/07/2017 | Kemaskini: 10/07/2017 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/1806/18
03-8946 4107/ 4114
C1571051749