Bicara Pengembangan (ExtenT 1.0) | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Bicara Pengembangan (ExtenT 1.0)

Bicara Pengembangan (ExtenT 1.0)

SERDANG, 28 Feb – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM telah menganjurkan Bicara Pengembangan (ExtenT 1.0) bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM. Bicara Pengembangan telah dirasmikan oleh  YBhg. Prof. Dato’ Dr. –Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat). Tujuan penganjuran Bicara Pengembangan ini adalah untuk membincangkan dan mengupas isu-isu berkaitan perkhidmatan pengembangan. Perkongsian pandangan dan pengalaman oleh panel jemputan adalah kritikal untuk menyumbang kepada kefahaman yang lebih jelas tentang isu pengembangan dan bagaimana meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan pengembangan di Malaysia.

Panel jemputan ialah Dato’ Zahimi bin Hassan, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang,  Dr. Mohd Termizi bin Ghazali, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Prof. Madya Dr. Khairuddin bin Idris, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM serta moderator Dr. Roslan bin Rosnon, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Turut hadir di dalam program ini adalah wakil-wakil daripada pelbagai agensi seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar, Jabatan Perikanan, RISDA, FAMA, IADA, TEKUN Nasional, KADA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pusat Tanggungjawab UPM serta pelajar-pelajar UPM.

Tarikh Input: 06/03/2019 | Kemaskini: 06/03/2019 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEaMAa~