BANTUAN MANGSA BANJIR | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » BANTUAN MANGSA BANJIR

BANTUAN MANGSA BANJIR

21 Disember 2021 - Hari ketiga UCTC UPM berbakti kepada masyarakat dan staf UPM yang terkesan dengan banjir.
Terima kasih kepada syarikat QL Poultry Farm yang menyumbangkan 500 papan telur, Farm Fresh yang menyumbangkan 3456 kotak susu, dan Jelita Emas Cosmetics yang meminjamkan hilux untuk operasi hari ini serta sumbangan kit pembersihan untuk komuniti dan staf UPM yang memerlukan.
 
Ustaz Lokman, Masjid Dato' Kelana Petra, Nilai juga telah membantu kami membawakan sebahagian sumbangan daripada industri kepada komuniti di Hulu Langat yang turut menyasarkan kepada yang memerlukan.
Terima kasih PPP yang turut membawa sumbangan ke Puchong membantu mengagihkan bantuan.
 
Tidak lupa pelajar UPM yang membantu kerja memunggah barang-barang dan staf UCTC yang 💪💪.
 
Terima kasih pada informer kami Zain alumni Kolej 11 yang membantu melaporkan situasi kawasan yang lebih memerlukan untuk kami terus sampai ke kumpulan sasar.
Sumbangan anda telah kami salurkan terus kepada mangsa banjir dan amanah anda telah kami sampaikan.
 
Lokasi kali ini PPRT Bukit Jalil, Kg Melayu Subang, Hulu Langat, Puchong, dan Sepang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 

Tarikh Input: 27/12/2021 | Kemaskini: 27/12/2021 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEYCAi~