PROGRAM KLINIK PERTANIAN PUTRA | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» ARTIKEL » PROGRAM KLINIK PERTANIAN PUTRA

PROGRAM KLINIK PERTANIAN PUTRA

Perubahan struktur sosio-ekonomi telah menimbulkan beberapa cabaran dalam pengeluaran makanan khususnya pergantungan kepada pekerja asing, tanah sesuai yang terhad, kos yang meningkat dan persaingan sengit akibat liberalisasi perdagangan. Jaminan bekalan makanan dijangka terus meruncing kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad dan kenaikan harga input serta persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-tenaga. Keadaan akan bertambah rumit dan mencabar dengan permintaan bahan makanan yang kian meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa pengguna. Sektor pertanian negara juga menghadapi isu produktiviti yang rendah. Salah satu punca isu ini adalah kerana kurangnya penerimagunaan dan amalan teknologi terkini dan amalan pertanian yang tidak komersil. Pemindahan teknologi kepada pengusaha pertanian (tanaman, akuakultur, ternakan dan industri asas tani) dapat diterapkan dengan lebih efektif melalui khidmat nasihat, rundingan dan showcasing

Klinik Pertanian Putra merupakan satu program jalinan masyarakat melalui khidmat nasihat, rundingan dan showcasing untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pengusaha pertanian. Ia dilaksanakan kepada kumpulan sasar di sesuatu kawasan yang terpilih supaya pemindahan teknologi dan inovasi dapat diterapkan dengan berkesan dengan mengambil kira isu, cabaran dan masalah setempat. Program ini juga melibatkan agensi pertanian yang bersama-sama menjayakan program ini berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh golongan sasar. Antara objektif program adalah menggerakkan sumber fizikal dan kepakaran intelektual di universiti berkenaan kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti dan projek yang sering dijalankan. Memberi latihan dan tujuk ajar dalam pemindahan ilmu teknologi dan keusahawanan kepada masyarakat bagi memingkatkan produktiviti, kecekapan dan pendapatan mereka serta menjalinkan kerjasama strategik antara universiti, agensi kerajaan, industri dan komuniti dalam usaha untuk memperkasakan masyarakat berteraskan model "quadruple helix".

 

 

Tarikh Input: 22/07/2022 | Kemaskini: 22/07/2022 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdIAn~