Pelaksanaan UNiTY adalah berdasarkan model “Model Penta Helix” (Rajah 1) yang dinyatakan di dalam buku “Redesign University Higher Education: University, Industry and Community Engagement”, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Model ini berupaya menjamin kelestarian hubungan antara kerajaan, universiti, industri dan komuniti serta memberi kesan langsung (outcome) kepada masyarakat (Society Outcome).
8 Hasil pelaksanaan program UNiTY boleh diukur melalui perubahan dan peningkatan pengetahuan (ilmu), sikap, kemahiran dan aspirasi (PSKA). Ini akan dapat mewujudkan produk/perkhidmatan baharu yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui peningkatan nilai komersial dan penciptaan kekayaan.
Perubahan PSKA ini akan berkadar terus dengan hubungan (partnership) yang mantap antara keempat-empat entiti bagi mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ia juga berupaya memenuhi matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals) 2015 - 2030 yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan