PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERSAMA KOMUNITI PULAU OMADAL, SEMPORNA, SABAH | University Community Transformation Centre (UCTC)
» PUTRABAKTI » PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERSAMA KOMUNITI PULAU OMADAL, SEMPORNA, SABAH

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERSAMA KOMUNITI PULAU OMADAL, SEMPORNA, SABAH

15 JUN 2022-PULAU OMADAL, SEMPORNA, SABAH- Seramai 17 orang komuniti Pulau Omadal, Sabah telah mengikuti program pemindahan ilmu berkaitan penanaman secara hidroponik. Program ini merupakan kerjasama Maybank Islamic Asset Management, UPM, UCTC, Fakulti Pertanian, ISKUL, WAPO, Borneo Komrad, Qismir Enterprise, komuniti Omadal. Di antara topik yang dikongsikan adalah Pengenalan UPM dan UCTC UPM, asas penanaman secara hidroponik, cara menyediakan larutan baja AB, kaedah pembajaan dan jenis baja organik, kaedah semaian biji benih, kaedah menyediakan hidroponik takung dan penggunaan bahan kitar semula dan kawalan serangga dan perosak serta cara menyediakan rak takungan.

Topik ini disampaikan oleh Dr Khairil Mahmud, pensyarah dari Fakulti Pertanian, Puan Mahani Amat , Puan Faridah Abdullah, Encik Muhammad Adib, Encik Khairul Azmi, dan Encik Hafez Adnan. Semoga usaha ini dapat membantu komuniti di pendalaman untuk bercucuk tanam menggunakan kaedah hidroponik dan menjadi salah satu sumber makanan sayur sayuran.

Date of Input: 19/07/2022 | k_mhafis

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEaDAE~