Misi Agihan Bantuan Bencana Banjir Di Rumah Pegawai UPM Dan Komuniti | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» PUTRABAKTI » Misi agihan bantuan bencana banjir di rumah pegawai UPM dan komuniti

Misi agihan bantuan bencana banjir di rumah pegawai UPM dan komuniti

Pada 19 - 22 Disember 2021 UCTC membentuk pasukan sukarelawan segera untuk membantu mangsa banjir dan misi agihan bantuan bencana banjir di rumah pegawai UPM dan komuniti di bawah Putra Bakti. Seramai 16 orang pegawai UCTC dan 24 orang sukarelawan pelajar telah terlibat dalam misi banjir ini. Bantuan agihan sumbangan ini diterima dari pelbagai industri dan individu perseorangan dalam bentuk barangan. Jumlah sumbangan keseluruhan bernilai RM 24,350 yang disumbangkan dalam kalangan industri iaitu MYFUNDACTION, QL POULTRY FARM, FARM FRESH, CP FROZEN, FAMILY MART, CHEMTRON BIOTECHNOLOGY SDN BHD, ECO BIODYNAMIS SDN BHD, JELITA EMAS COSMETICS, YAKULT dan individu perseorangan.

Bantuan agihan yang diberikan tidak terhad kepada pegawai UPM tetapi turut disumbangkan kepada komuniti mangsa banjir yang terjejas. Bantuan yang disalurkan adalah berfokus kepada sumbangan yang diberikan oleh penaja untuk diserahkan komuniti secara bersasar di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti terlebih dahulu. Di antara lokasi adalah Puchong, Dengkil, Sepang, Kg. Melayu Subang, Desa Pinggiran Putra, dan Jenderam. Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 7.00 malam setiap hari. Sepanjang aktiviti agihan dilaksanakan, pematuhan Standard Operating Procedures (SOP) dijaga dan dipatuhi.

Tarikh Input: 17/03/2022 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDcVAf~