Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai

Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai

Tahukah anda kebanyakan minyak masak terpakai dibuang secara salah ke dalam sinki?

Minyak masak terpakai seharusnya dilupuskan melalui sistem pembuangan sisa pepejal, sama seperti Sisa Pepejal Perbandaran, di mana ia akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah.

Namun, minyak masak terpakai ini berpotensi untuk diproses semula menjadi biodiesel, yang boleh digunakan oleh jentera-jentera yang menggunakan enjin diesel.

Projek Bandar Biomass Serdang merancang untuk menjanakan bas dan jentera berat di UPM menggunakan biodiesel dari sumber minyak terpakai.

Ketika ini, teknologi biodiesel yang diadaptasi dari Jepun ini sedang digunakan di Biomass Technology Centre / Biorefinery@UPM, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM sebagai bahanapi untuk jentera-jentera yang digunakan di fasiliti berkenaan.

Pengembangan penggunaan biodiesel ini kepada bas-bas dan jentera-jentera lain dalam UPM akan membantu kepada pengurangan pembuangan sisa minyak masak terpakai.

Kepada semua peniaga dan kejiranan sekitar UPM boleh ikuti langkah berikut:

  1. Masukkan minyak masak terpakai yang dah sejuk ke dalam botol minyak asal
  2. Bawa ke tempat pengumpulan minyak masak terpakai
  3. Dapatkan RM1 bagi setiap liter minyak masak terpakai.

 

Pusat pengumpulan minyak masak seperti berikut:

  • Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM
  • Fakulti Bioteknologi UPM
  • Lab Biorefinery@UPM

 

UNTUK MAKLUMAN LANJUT, HUBUNGI:

 

Pusat Teknologi Biomass (No. Telefon: +03-9769 1182)

 

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Telefon : +603-9769 1805/1806
No. Faks : +603-9769 4114/4107
Email: uctc_all@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 06/03/2019 [k_mhafis]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566256763