PROGRAM PUTRA PEMINDAHAN ILMU (PUTRAPIL): PROJEK KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) BAJA KOMPOS BERSAMA KOMUNITI PULAU PANGKOR, PERAK
Pada 5 & 6 Mei 2025 - University Community Transformation Centre - UCTC UPM dengan kerjasama Pejabat Penghulu Pulau Pangkor menganjurkan Program Putra Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) Projek KTP Baja Kompos di Pulau Pangkor, Perak.
Program ini adalah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang melibatkan seramai 50 penyertaan yang terdiri daripada komuniti lima (5) kampung di Pulau Pangkor.
Perkongsian ilmu ini merangkumi elemen pembuatan kompos dari sisa tanaman & penghasilan kompos dari sisa dapur dengan teknik yang betul. Mereka mempelajari ilmu secara teori dan diberi peluang untuk merasai sendiri teknik pembuatan kompos melalui ilmu praktikal yang turut dibantu oleh pegawai UCTC.
Sesi PUTRAPIL ini disampaikan oleh En. Khairul Aslim Abdul Rauf daripada Pusat Pertanian Putra UPM dan semoga ilmu yg dikongsikan ini menjadi amalan serta dipraktikan oleh komuniti.
Date of Input: 07/05/2025 |
Updated: 07/05/2025 | khairulazman
MEDIA SHARING