
PERHATIAN: KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL SERTA PELAJAR Universiti Putra Malaysia!

HEBAHAN PENYERTAAN ANUGERAH JARINGAN INDUSTRI/ KOMUNITI BERIMPAK TINGGI (ICAN 2023/2024)
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) akan menganjurkan Majlis Anugerah Jaringan Berimpak Tinggi (ICAN 2023/2024) pada bulan September 2025.

Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada rakan strategik industri dan komuniti, di samping menyampaikan Anugerah Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) serta sijil penghargaan kepada projek berimpak tinggi yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

Sehubungan itu, kami mempelawa:
*Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik)
*Pelajar UPM
untuk menghantar pencalonan bagi kategori:

Anugerah Jaringan Industri Berimpak Tinggi (Kategori Pegawai Bukan Akademik)

Anugerah Jaringan Komuniti Berimpak Tinggi (Kategori Pelajar)

Syarat penyertaan:
*Projek Industri – Rujuk Lampiran A
*Projek Komuniti – Rujuk Lampiran B

Pautan pencalonan melalui Google Form (rujuk poster yang dilampirkan)

Tarikh tutup penyertaan:
8 Ogos 2025 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Projek Industri (CiRNeT): 03-9769 1261 / 1191 / 4263

Projek Komuniti (UCTC): 03-9769 6718 / 1828 / 1805
Date of Input: 05/08/2025 |
Updated: 05/08/2025 | khairulazman
MEDIA SHARING