Piagam Pelanggan Dan Pihak Berkepentingan | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » Piagam Pelanggan dan Pihak Berkepentingan

Piagam Pelanggan dan Pihak Berkepentingan

Kami staf UCTC UPM beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan memastikan:

  1. Pemprosesan permohonan latihan/program komuniti dalam tempoh 7 hari waktu bekerja selepas menerima permohonan lengkap;
  2. Sekurang-kurangnya 80 peratus peserta yang mengikuti latihan/program komuniti berpuas hati dengan pengendalian;
  3. Maklum balas pelanggan/komunikasi pelanggan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

PIHAK BERKEPENTINGAN UCTC UPM

PIHAK BERKEPENTINGAN

KEPERLUAN MEREKA

Komuniti Belia
  • Mengadakan kursus dan latihan pengembangan bagi sektor pertanian, penternakan dan keusahawanan.
  • Mengadakan kerjasama strategik bersama agensi setempat, kerajaan dan swasta bagi membantu komuniti belia.
Komuniti Setempat
  • Mengadakan kursus dan latihan pengembangan bagi sektor pertanian, penternakan dan keusahawanan.
  • Mengadakan kerjasama strategik bersama agensi setempat, kerajaan dan swasta bagi membantu komuniti setempat.
Komuniti Pertanian
  • Menyediakan platform yang menghubungkan antara pakar universiti dengan komuniti pertanian.
  • Mengadakan kursus dan latihan pengembangan bagi sektor pertanian, agrobio dan keusahawanan.
  • Mengadakan kerjasama strategik bersama agensi setempat, kerajaan dan swasta bagi membantu komuniti pertanian.
 Komuniti Kanser
  • Menyediakan platform yang menghubungkan antara pakar universiti dengan komuniti kanser.
  • Mengadakan kerjasama strategik bersama agensi setempat, kerajaan dan swasta bagi membantu komuniti kanser.
Komuniti Orang Asli
  • Menyediakan platform yang menghubungkan antara pakar universiti dengan komuniti Orang Asli.
  • Mengadakan kursus dan latihan pengembangan bagi sektor pertanian, penternakan dan keusahawanan.
  • Mengadakan kerjasama strategik bersama agensi setempat, kerajaan dan swasta bagi membantu komuniti Orang Asli. 
Komuniti warga emas
  • Mengadakan kursus dan latihan pengembangan bagi sektor pertanian, penternakan dan keusahawanan.
  • Mengadakan kerjasama strategik bersama agensi setempat, kerajaan dan swasta bagi membantu komuniti warga emas. 
Komuniti kanak-kanak Mengadakan aktiviti cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat dan menarik minat seperti program celik pertanian, keselamatan diri (di rumah dan jalanraya) DLL.
Staf
  • Mendapatkan layanan yang segera dan efisyen daripada pihak sekretariat sekiranya mempunyai masalah dengan sistem atau pengesahan data ICRIS
  • Menyertai latihan pengisian data pencapaian JINM dalam ICRIS
  • Mendapatkan geran penyelidikan berkaitan JINM untuk menjalankan aktiviti atau projek JINM
Pelajar dan Alumni UPM Mengadakan latihan dan kursus keusahawanan dan pengembangan kepada pelajar dan Alumni UPM.
Kementerian dan agensi yang berkaitan

Menjalankan kerjasama strategik dengan pihak kementerian dan agensi yang berkaitan untuk program pembangunan komuniti

 Industri dan NGO Menjalankan kerjasama strategik dengan pihak industri dan NGO yang berkaitan untuk program pembangunan komuniti 

 

LAPORAN PIAGAM PELANGGAN 2018

 

LAPORAN PIAGAM PELANGGAN 2017

Kemaskini:: 27/08/2018 [zaidi_tajuddin]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/1806/18
03-8946 4107/ 4114
B1566525839