PENILAIAN AUDIT 5S OLEH PUSAT JAMINAN KUALITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
PENILAIAN AUDIT 5S OLEH PUSAT JAMINAN KUALITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Penilaian Audit 5S daripada pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) bagi aktiviti 5S akan diadakan pada bulan Oktober 2017. Bagi tujuan persediaan menghadapi audittersebut, audit kendiri di Pejabat Pendaftar akan diadakan pada hujung bulan Ogos 2017. Semua lokasi kawasan kerja staf (bilik dan workstation) akan dinilai dan diberi markah mengikut kriteria yang akan ditetapkan.

Sehubungan itu, bagi memastikan Pejabat Pendaftar sentiasa berada dalam suasana 5S, semua staf adalah dimohon untuk memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti 5S bermula pada Jumaat ini (11 Ogos 2017). Tuan/puan dimohon untuk melakukan aktiviti berikut:

Sisih - tindakan sisih pada ruang kerja, ruang pejabat, mengasingkan dokumen yang tidak aktif
 
Susun - menyusun dokumen atau alat pejabat supaya mudah dicapai

Sapu - membersih ruang kerja dan ruang pejabat

Tuan/puan juga diminta untuk menentukan item untuk pelupusan dan mohon label pada item yang hendak dilupus atau dialihkan sekiranya tidak perlu.
 
Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan aktiviti 5S di Pejabat Pendaftar amatlah diharapkan. Suasana tempat kerja yang kemas dan teratur akan meningkatkan lagi produktiviti semua staf.

Kemaskini:: 15/08/2017 [syazaliyana]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/1806/18
03-8946 4107/ 4114
B1566257357