GERAN KTP:SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» GERAN PEMINDAHAN ILMU » GERAN KTP:SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

GERAN KTP:SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Geran 'Knowledge Transfer Programme-KTP" - Skim Pembelajaran Sepanjang Hayat Pelan "Rolling" Ketiga (2018) telah dibuka dan permohonan perlulah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Semua permohonan mestilah disalurkan melalui pejabat Pengarah/Dekan fakulti atau PTJ masing-masing
  2. Setiap satu PTJ/ Fakulti dikehendaki menghantar satu (1) permohonan sahaja dan di tapis terlebih dahulu sebelum dihantar ke sekretariat Geran KTP, UCTC UPM.
  3. Pemohon perlu menghantar permohonan ke pejabat Sekretariat Geran KTP, UCTC UPM dan semua dokumen mestilah dikepilkan (Comb-binding) dengan kemas.
  4. Permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan KTP-PSH Versi 6.0 sahaja.
  5. Pemohon yang mempunyai geran yang masih aktif adalah tidak layak untuk memohon.
  6. Penyerahan permohonan ke pejabat Sekretariat Geran KTP, UCTC UPM ialah sebelum atau pada 30 Mac 2018 (Jumaat).

 

Maklumat lanjut tentang syarat-syarat permohonan geran boleh dirujuk dalam Garis Panduan KTP-PSH Versi 5.0.

Borang permohonan dan Garis Panduan juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang berikut: ktc.usm.my

Pada kali ini, tempoh projek adalah selama satu tahun dan siling permohonan sebanyak RM 80,000.00. Konsep geran KTP pada kali ini adalah adalah menjurus kepada Lifelong Learning serta penekanan pada permohonan kali ini banyak kepada hala tuju Graduate Intern (GI). 

PERMOHONAN GERAN  

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI KAMI:

Urus setia Geran KTP-PSH
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Telefon : +603-9769 1803 / 1812/ 1847
No. Faks : +603-8946 4107
Email:geranktpupm@gmail.com

Kemaskini:: 06/03/2019 [k_mhafis]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566525770