GERAN KTP | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» GERAN PEMINDAHAN ILMU » GERAN KTP

GERAN KTP

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Pemindahan Ilmu (KTP)di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) merupakan salah satu usaha Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memindahkan ilmu pengetahuan dari IPTA kepada pihak industri dan komuniti.

Program ini telah melibatkan beberapa Universiti Awam (UA) di seluruh Negara bermula dari tahun 2011 (Fasa 1) sehingga sekarang (Fasa 5). Sepanjang program KTP ini diwujudkan (sehingga Fasa 5), UPM telah mendapat kelulusan geran sebanyak 56 buah projek merangkumi projek kategori komuniti, industri, flagship komuniti & industri dan PSDT yang telah dijalankan di seluruh Negara.

Berdasarkan 5 Key Result Areas (KRA) + 3 National Priority Areas (NPA)

  • Education (EDU)
  • Economy(ECO)
  • Green Technology (GT)
  • Disadvantage groups (DG)
  • Industry Relevant Curriculum (IRC)
  • Energy security
  • Water security
  • Transportation & urbanization


PENGENALAN


Berdasarkan senario semasa ekonomi serta perkembangan pengajian tinggi global masa kini, serta berlatarbelakangkan hasrat negara untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Kementerian Pengajian Tinggi telah memutuskan bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan CAP Program Pemindahan Pengetahuan (Knowledge Transfer Programme; KTP). Keperluan ini berasaskan persoalan bagaimana Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dapat membantu memindahkan ilmu yang telah dijana kepada golongan sasaran untuk memperluaskan dan memperkukuhkan ilmu masyarakat awam.

Penubuhan KTP adalah berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri/ Komuniti yang digubal untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri/komuniti. Salah satu pelan pengukuhan yang telah digariskan adalah Program Pemindahan Pengetahuan Kepada Komuniti dan Industri (Knowledge Transfer Program for Community and Industry)

KEPENTINGAN CAP KTP

Perlaksanaan KTP adalah amat penting bagi tujuan pengukuhan ilmu terhadap komuniti dan industri di Malaysia dan secara langsung akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan bagi sesuatu komuniti dan industri. Ini adalah sejajar dengan perkembangan pengajian tinggi global dan hasrat negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, maka Dasar KTP akan merangka matlamat, skop, bidang, hala tuju dan garis panduan perlaksanaan program KTP.

RASIONAL DASAR KTP

Rasional dasar KTP yang telah dikenal pasti adalah untuk menggalakkan dan mengakui penglibatan antara komuniti/industri dan ahli akademik dalam rangka menyokong pelaksanaan MBE negara dalam mencipta sebuah bangsa berpengetahuan mantap dan berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, keperluan untuk menyediakan platform yang sesuai dan menjadi perantara untuk penukaran yang memudahkan pengenalan dan pemadanan (matching) kepakaran yang tepat di IPT amat diperlukan bagi memenuhi keperluan dan permasalahan komuniti dan industri.

Antara rasional dasar KTP lain adalah untuk mengoptimumkan potensi keahlian IPT melalui interaksi yang diselaraskan oleh pemegang taruh yang telah dikenal pasti. Ini juga bertujuan untuk memelihara interaksi antara pemegang taruh dan IPT bagi mewujudkan kerjasama yang berterusan dan produktif.

TERAS STRATEGIK KTP

Dalam dasar KTP yang sedang dimurnikan, tumpuan diberikan bagi memperkayakan kualiti modal insan di Institusi Pengajian Tinggi, komuniti dan industri melalui program pemindahan ilmu merangkumi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Oleh yang demikian, pengukuhan dari segi akses pemindahan ilmu dari IPT dapat diwujudkan untuk memacu pembangunan masyarakat dan kualiti hidup termasuk pertumbuhan industri.

Dua objektif strategik KTP telah dikenal pasti bagi IPT untuk mencapai hasrat pelaksanaan KTP iaitu:

  1. Meningkatkan dan memperkayakan pemindahan ilmu semasa di IPT:
    • Mengenal pasti dan melaksanakan projek yang berpotensi;
    • Menguatkan kurikulum dan ko-kurikulum di IPT berasaskan komuniti dan industri;
    • Membina kapasiti akademik dan siswa di IPT;
    • Mengintegrasikan inisiatif KTP IPT ke dalam program akademik dari institusi pengajian yang lain; dan
    • Membuat perubahan kepada projek komuniti semasa yang berorientasikan perkhidmatan kepada berorientasikan pembelajaran dengan keberhasilan kepada kumpulan sasaran.
       
  2. KTP sebagai pemangkin kepada perkembangan komuniti dan industri:
    • Melaksanakan projek-projek yang bererti dengan industri atau masyarakat yang berterusan dan mempunyai hasil yang boleh diukur.
    • Memberikan kuasa (empowerment) dan peningkatan kapasiti industri penerima atau kumpulan.
    • Kerjasama strategik dengan para stakeholder.
    • Persetujuan saling memberi dan menerima kepada inisiatif pemindahan ilmu antara para stakeholder.

 

Perlaksanaan projek-projek KTP akan dijalankan oleh IPTA yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menjalankan kerja penglibatan universiti-komuniti/industri sebelum ini. Ini merujuk kepada track record pusat-pusat dan jabatan-jabatan di IPTA yang mempunyai kerjasama komuniti dan industri.

1) PROSES PERMOHONAN KTP 

 

2) BORANG PERMOHONAN KTP  

 

3) GARIS PANDUAN PERMOHONAN KTP 

 

4)POWERPOINT KTP 

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI KAMI:

Urus setia Geran KTP
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Telefon : +603-9769 1803 / 1812/ 1847
No. Faks : +603-8946 4107
Email:geranktpupm@gmail.com

 

Kemaskini:: 06/03/2019 [k_mhafis]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566255979