GERAN KTGS JINM | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» GERAN PEMINDAHAN ILMU » GERAN KTGS JINM

GERAN KTGS JINM

Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) merupakan satu entiti dibawah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjawab memacu program komuniti universiti berdasarkan kepada Matlamat Universiti ke-3 UPM iaitu Melonjakkan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat.

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) sebagai entiti di bawah JINM telah diamanahkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan. Bagi mencapai matlamat tersebut, UCTC memainkan peranan untuk mendapatkan dana bagi menjayakan program komuniti melalui pemindahan ilmu dan pengembangan.

Salah satu sumber dana yang boleh dipohon oleh academia di UPM untuk menjayakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan ialah Knowledge Transfer Grant Scheme JINM (KTGS JINM) dimana sumber dana adalah peruntukan khas daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UPM. Pengagihan dana ini adalah tanggungjawab UCTC.

Tujuan skim geran ini adalah untuk membentuk para academia dalam menyampaikan dan memindahkan ilmu hasil dari penyelidikan mereka kepada industri atau komuniti sasaran.

PERMOHONAN SKIM GERAN KTGS JINM  


UNTUK MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI KAMI:

Urus setia Geran KTGS
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Telefon : + 603-9769 1803/ 1812 /1847 
No. Faks : +603-8946 4107
Email: ktgsjinmupm@gmail.com / uctc_ktgs@upm.edu.my 


Kemaskini:: 06/03/2019 [k_mhafis]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566254821