GERAN KOMUNITI JINM@KKM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) 2020 | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» GERAN PEMINDAHAN ILMU » GERAN KOMUNITI JINM@KKM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) 2020

GERAN KOMUNITI JINM@KKM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) 2020

Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) merupakan satu entiti di bawah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjawab memacu program komuniti universiti berdasarkan kepada Matlamat Universiti ke-3 UPM iaitu Melonjakkan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat.

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) sebagai entiti di bawah JINM telah diamanahkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan. Bagi mencapai matlamat tersebut, UCTC memainkan peranan untuk menjayakan program komuniti melalui pemindahan ilmu dan pengembangan. “Geran Komuniti JINM @ KKM” merupakan peruntukan yang diberikan bagi projek yang berjaya dengan menggunakan peruntukan geran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kertas kerja geran yang dipohon perlu mempunyai elemen pemindahan ilmu dan intervensi kepada komuniti dalam menangani masalah bantut dalam kalangan kanak- kanak di Malaysia.

Ini merupakan salah satu sumber dana yang boleh dipohon oleh pegawai akademik di UPM untuk menjayakan aktiviti pemindahan ilmu. UCTC berfungsi sebagai sekretariat bagi melancarkan proses pemilihan dan mentadbir pelaporan berkala dan tujuan skim geran ini adalah untuk menyediakan ruang kepada pegawai akademik dalam menyampaikan dan memindahkan ilmu hasil dari penyelidikan mereka kepada komuniti sasaran.

PERMOHONAN SKIM GERAN JINM@KKM 2020 

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI KAMI:

Urus setia Geran 
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Telefon : + 603-9769 1809/ 1812 /1847 
No. Faks : +603-8946 4107
Email: ela@upm.edu.my 

Kemaskini:: 20/11/2020 [zaidi_tajuddin]

PERKONGSIAN MEDIA

B1606181054