UCTC UPM Tingkat Pembangunan Kemahiran Pelajar Tahfiz Menerusi Aktiviti Pertanian | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » UCTC UPM Tingkat Pembangunan Kemahiran Pelajar Tahfiz Menerusi Aktiviti Pertanian

UCTC UPM Tingkat Pembangunan Kemahiran Pelajar Tahfiz Menerusi Aktiviti Pertanian

Hulu Kelang, 23 Mei 2018 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti - UCTC UPM telah mengadakan aktiviti komuniti bersama Maahad Tahfiz Al Munawwarah di bawah projek KTGS yang bertajuk Program Transformasi Kemahiran Pertanian Komuniti Tahfeez Al Munawwarah, Kemensah, Hulu Kelang.

Projek ini adalah antara projek "pioneer" untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar tahfeez dalam bidang pertanian.

 

Program pada hari ini melibatkan aktiviti soal selidik awal, sistem fertigasi, demonstrasi dan amali semaian, penyediaan media tanaman fertigasi, pemasangan sistem pengairan fertigasi titis mikro dan pembajaan dengan bimbingan tenaga pakar daripada UCTC UPM dan Taman Pertanian Universiti UPM.

Tarikh Input: 06/08/2018 | Kemaskini: 06/08/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdOAx~