UCTC UPM Laksana Kursus Asas Pengendalian Racun Perosak Dan Keselamatan Penggunaan Racun | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » UCTC UPM laksana kursus asas Pengendalian Racun Perosak dan Keselamatan Penggunaan Racun

UCTC UPM laksana kursus asas Pengendalian Racun Perosak dan Keselamatan Penggunaan Racun

Raub, 30 September 2017 - Sesi Pemindahan Ilmu daripada Pakar-pakar Penyakit & Perosak Tanaman Buahan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia; Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad, Dr. Norhayu Asib & Tuan Haji Mohd Ghazali Mohd Satar berkenaan penggunaan peralatan keselamatan dan juga kaedah/teknik meracun menggunakan mata nozel yang betul.

Selama ini komuniti tani melakukan menggunakan racun terkawal bagi kawalan penyakit perosak pada tanaman yang diusahakan. Namun kekurangan pengetahuan dalam amalan serta pengurusan racun yang baik mengakibatkan peserta mengalami peningkatan kos melalui pembelian racun tidak tepat guna, pembaziran penggunaan racun serta pengurusan racun yang tidak betul akan mengakibatkan kesan kepada kesihatan pada diri serta alam sekitar.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri dari peserta TPKM Raub mengikuti kursus ini. Diharapkan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh tenaga kepakaran UPM ini dapat dimanfaatkan & diaplikasikan di lapangan kelak.

 

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 09/10/2017 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXETHAa~