Bangi, 31 Mei 2018- Satu perkongsian ilmu pengendalian projek komuniti, geran komuniti serta tatacara MoU/MoA oleh Timbalan Pengarah UCTC Ybhg Prof Dr Uma Rani Sinniah dan Ybhg PM Dr Rozanah Abd Rahman mantan penasihat undang -undang UPM memberikan aspirasi buat kakitangan akademik UNITEN yang mengambil masa bengkel selama setengah hari.
Program diakhiri dengan sesi soal jawab serta contoh -contoh projek komuniti dibentangkan bagi memberikan kefahaman yang jelas. Menerusi perkongsian ilmu ini, kepakaran serta pengalaman pakar di UPM dalam projek komuniti telah mendapat perhatian Universiti swasta dalam mengaplikasikan perkara yang sama di dalam universiti mereka.
Tarikh Input: 06/08/2018 | Kemaskini: 06/08/2018 | zaidi_tajuddin
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan