UCTC UPM Kongsi Ilmu Menerusi Pameran Ekspo Sains SJK(T) Bandar Sri Sendayan | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » UCTC UPM kongsi ilmu menerusi Pameran ekspo Sains SJK(T) Bandar Sri Sendayan

UCTC UPM kongsi ilmu menerusi Pameran ekspo Sains SJK(T) Bandar Sri Sendayan

Sendayan, 28 April 2018- Terima kasih kepada pihak SJK(T) Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan atas jemputan untuk mengadakan Demonstrasi Pertanian Bandaran di Program Pameran Ekspo Sains. Pada program tersebut, 2 demonstrasi pertanian telah dijalankan oleh pakar pertanian UCTC UPM; Encik Muhammad Syafiq Kamal iaitu hidroponik ringkas (Self Watering Pot) dan juga semaian biji benih menggunakan bahan terbuang yang telah dihadiri seramai 40 orang pelajar bersama ibu-bapa serta warga sekolah.

Semoga ianya bermanfaat dan dapat memberi idea-idea baharu pertanian kepada para pelajar, warga sekolah dan juga ibu bapa di samping memupuk lagi minat mereka terhadap amalan pertanian di kawasan persekitaran.

Tarikh Input: 06/08/2018 | Kemaskini: 06/08/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEaGA7~