Program Pertanian Angkat Zon Tengah 2: Kebun Komuniti Kejiranan 7/3, Seksyen 7, Bangi. | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Program Pertanian Angkat Zon Tengah 2: Kebun Komuniti Kejiranan 7/3, Seksyen 7, Bangi.

Program Pertanian Angkat Zon Tengah 2: Kebun Komuniti Kejiranan 7/3, Seksyen 7, Bangi.

25 September 2022 - Program Pertanian Angkat Zon Tengah 2: Kebun Komuniti Kejiranan 7/3, Seksyen 7, Bangi.
 
Seramai 30 orang ahli komuniti telah hadir mengikuti sesi 1 aktiviti asas semaian, penanaman anak benih yang disampaikan oleh Dr Martini Mohd Yusoff dan Dr Noraini Jaafar dari Fakulti Pertanian. Turut bersama adalah pegawai-pegawai dari Unit Organik, Fakulti Pertanian iaitu Puan Nurul Azwana, Cik Farah Wahida, Cik Siti Farawahida dan Encik Muammar.
 
Peserta telah mengikuti sesi demonstrasi dan amali penyediaan anak benih, pemindahan anak benih ke batas dan penyediaan baja hijau menggunakan kacang hijau.
Y.B Tuan Mazwan bin Johar, Ahli DUN Sungai Ramal, dan Encik Mohd Bukhari bin Bachok, Ahli Majlis Zon 16 Sungai Ramal turut meluangkan masa singgah di lokasi aktiviti.
 
Tahniah dan terima kasih semua
 
Semoga biji benih yang disemai akan bercambah dan tumbuh dengan subur.
 
 
 
 

Tarikh Input: 05/10/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | m_syafiq

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEZQAt~