Pemantapan Lestari Hijau UCTC UPM Menerusi Siri Perkongsian Ilmu Herba | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Pemantapan Lestari Hijau UCTC UPM Menerusi Siri Perkongsian Ilmu Herba

Pemantapan Lestari Hijau UCTC UPM Menerusi Siri Perkongsian Ilmu Herba

Serdang, 30 April 2018 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM) telah menganjurkan siri perkongsian ilmu berkaitan Herba, Tanaman Penghalau Nyamuk dan Cara Penggunaan Herba kepada semua staf di UCTC UPM hari ini. UCTC UPM telah mengundang En Tajuddin Abdul Manap yang merupakan pesara UPM serta pakar rujuk berkenaan dunia herba telah membawakan siri perkongsian bersama staf UCTC UPM secara teori dan amali.

Semoga siri perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan ilmu dan memantapkan pengetahuan staf UCTC UPM khususnya pegawai pengembangan di UCTC UPM yang akan berkongsi ilmu berkaitan di lapangan bersama komuniti. Malahan siri perkongsian ilmu ini juga sebagai pemangkin dalam pengehakupayaan program kelestarian hijau di UCTC UPM.

Tarikh Input: 06/08/2018 | Kemaskini: 06/08/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDcSAK~