Majlis Perasmian Program Pengembangan & Keusahawanan Ternakan Ruminan Zon Timur Kerjasama Universiti Putra Malaysia Dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Majlis Perasmian Program Pengembangan & Keusahawanan Ternakan Ruminan Zon Timur Kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Majlis Perasmian Program Pengembangan & Keusahawanan Ternakan Ruminan Zon Timur Kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Temerloh, 25 April 2018- Majlis Perasmian Program Pengembangan & Keusahawanan Ternakan Ruminan Zon Timur Kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertarikh 24 April 2018 bertempat di KOLEJ RISDA Pahang. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor dan turut dihadiri oleh Yang Berusaha Dr. Ahmad Bin Salleh, Timb Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia mewakili Ketua Pengarah pada 24 April 2018 di Kolej Risda Kg. Awah, Temerloh, Pahang.

Majlis tersebut merupakan kemuncak kepada program pemindahan ilmu yang telah pun dijalankan di Terengganu dan Pahang bermula pada November 2017 lalu hingga kini; melibatkan penyertaan dari kalangan pegawai dan penternak bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang yang memfokuskan kepada teknikal teori dan amali dalam pengurusan ternakan ruminan tumpuan.

Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang serta seluruh penternak atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga program ini memberikan manfaat kepada seluruh penternak di zon timur khususnya dan dapat menyumbang kepada kemajuan sektor ternakan negara.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXETXAQ~