Majlis Pelancaran Program Putra Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Kerjasama UPM Dan Jabatan Penjara Malaysia | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Majlis Pelancaran Program Putra Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) Penanaman Cendawan Tiram Kelabu kerjasama UPM dan Jabatan Penjara Malaysia

Majlis Pelancaran Program Putra Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) Penanaman Cendawan Tiram Kelabu kerjasama UPM dan Jabatan Penjara Malaysia

22 Ogos 2022 - Majlis Pelancaran Program Putra Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) Penanaman Cendawan Tiram Kelabu kerjasama UPM dan Jabatan Penjara Malaysia telah disempurnakan di Penjara Tapah, Perak.
 
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Prof. Ir. Dr. B. T. Hang Tuah Baharudin bersama TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, IPPM mewakili Yang Berbahagia Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Jabatan Penjara Malaysia turut merasmikan Rumah Cendawan yang dibangunkan di bawah projek ini di sini.
 
Seramai 23 orang peserta dalam kalangan banduan akan mengikuti siri pemindahan ilmu penanaman cendawan tiram kelabu, penghasilan produk serta pembangunan keusahawanan bermula pada September 2022 akan datang.
 
 
 

Tarikh Input: 05/10/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | m_syafiq

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXETCAo~