Konsep Pembelajaran Luar Bilik Darjah Tingkat Pembelajaran Pelajar SJK (T) Bandar Sri Sendayan | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Konsep Pembelajaran Luar Bilik Darjah Tingkat Pembelajaran Pelajar SJK (T) Bandar Sri Sendayan

Konsep Pembelajaran Luar Bilik Darjah Tingkat Pembelajaran Pelajar SJK (T) Bandar Sri Sendayan

Sendayan, 19 Julai 2018 - Sesi ke-3 Pemindahan ilmu Pusat Transformasi Komuniti Universiti - UCTC UPM kepada para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan berkaitan penanaman sayur-sayuran di petak tanaman berkonsepkan bahan buangan kitar semula.

Berkonsepkan pembelajaran di luar bilik darjah, para pelajar merasai sendiri pengalaman bercucuk tanam dengan melakukan aktiviti seperti penyediaan batas tanaman, semaian terus biji benih sayuran di petak tanaman, pengurusan dan penjagaan tanaman. Diharapkan dengan wujudnya plot batas tanaman ini membangkitkan lagi semangat dan minat dalam diri mereka terhadap pertanian.

Tarikh Input: 07/08/2018 | Kemaskini: 07/08/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEUEAV~