Kementerian Pelajaran Sri Lanka Teroka Peluang Menerusi Latihan Sistem Peperiksaan Dalam Talian | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Kementerian Pelajaran Sri Lanka teroka peluang menerusi Latihan Sistem Peperiksaan dalam Talian

Kementerian Pelajaran Sri Lanka teroka peluang menerusi Latihan Sistem Peperiksaan dalam Talian

SERDANG, 22 April 2018 - Ini merupakan program pertama yang disediakan oleh UCTC juga dengan kerjasama kementerian pentadbiran Sri Lanka iaitu National Human Resources Development Council of Sri Lanka (NHRDC) bersama Kementerian Pendidikan, Sri Lanka Siri untuk 2018 yang telah dilaksanakan pada 22-28 April 2018. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pegawai utama peperiksaan Kementerian Pendidikan Sri Lanka hadir bagi menilai dan menambahbaik sistem peperiksaan mereka.

 

Program kali ini memfokuskan kepada sistem peperiksaan pendidikan di Malaysia. Pelbagai program diatur sepanjang program iaitu taklimat berkaitan sistem peperiksaan dari bahagian Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dibawa melawat ke Majlis Peperiksaan Malaysia. Pakar-pakar UPM pun turut sama berkongsi maklumat bersama peserta untuk pembangunan sistem online itu sendiri

Tarikh Input: 03/05/2018 | Kemaskini: 03/05/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEZOAB~