Putrajaya, 15 Okt. 2016 - Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia telah dijemput untuk mengadakan demonstrasi pertanian sempena Minggu Kesukarelawanan@Putrajaya di Dewan Komuniti Presint 9,Putrajaya. Program ini adalah anjuran oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di bawah inisiatif unit NBOS Kementerian Pendidikan Tinggi di mana ianya bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan komuniti di samping untuk meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan komuniti setempat.
Program ini juga telah mendapat penglibatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga mahasiswa universiti serta komuniti setempat. UCTC UPM telah membuat 4 demonstrasi pertanian iaitu penyediaan bakul kompos, penyediaan bahan penghalau serangga perosak secara botanikal, teknik asas pemangkasan pokok buahan dan juga teknik cantuman pokok. Demo telah disampaikan oleh Encik Zaidi Tajuddin (UCTC UPM) dan juga Encik Norhaimanshah Ismail (Taman Pertanian Universiti).
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan