Pertanian Bandaran | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » Pertanian Bandaran

Pertanian Bandaran

 

PENGENALAN

  1. Transformasi pertanian bandaran merupakan satu inisiatif UPM melestarikan pertanian bandaran bagi menggalakkan komuniti bercucuk tanam dalam kawasan tanaman yang minimum meliputi kemahiran dan inovasi yang dihasilkan bagi mengeluar sendiri bahan makanan yang segar, berkhasiat dan selamat.  Mengikut definisi UPM – Pertanian bandaran merupakan aktiviti penanaman dan pemeliharaan oleh komuniti di dalam dan di sekitar bandar secara rekreasi dan santai untuk keperluan keluarga atau tambahan pendapatan.
  2. Berasaskan pendekatan Green Fingers, setiap peringkat umur boleh mempelajari kemahiran dalam bidang pertanian disamping menjadikannya landasan merapatkan ukhuwah dalam komuniti.
  3. Komuniti boleh memaksimumkan penggunaan tanah dan ruang dengan pelbagai sistem penanaman samada menegak, melintang, atau bersepadu melalui kombinasi ekosistem akuakultur dan tanaman.
  4. Usaha ini bukan sahaja menambahbaik alam sekitar dengan penggunaan bahan terbuang sebagai salah satu komponen utama dalam perlaksanaannya, malah akan dapat meringankan beban kewangan penduduk akibat kesan kenaikan harga barangan makanan dan kesan kenaikan kadar inflasi.

 

KONSEP TRANSFORMASI PERTANIAN BANDARAN

Ia memfokuskan kepada komuniti setempat merangkumi elemen berikut:

  1. Pertanian bandaran sama ada melalui pembentukan laman dapur, laman komuniti atau dusun komuniti.
  2. Pembudayaan guna semula bahan terpakai dan penggunaan bahan organik dalam penghasilan sumber makanan yang bersih dan selamat.
  3. Penjimatan melalui pertanian bandar.
  4. Kebersihan dan keceriaan melalui pertanian bandar.
  5. Kesihatan melalui pertanian bandar

 

OBJEKTIF

  1. Memperkasakan pengetahuan dan kemahiran komuniti mengenai bidang pertanian, penternakan dan perikanan secara mudah guna, rendah bajet, bersih dan selamat;
  2. Memperkasakan amalan dalam keselamatan makanan (food security) dan kesihatan melalui pembudayaan guna semula bahan terpakai dan penggunaan organik;
  3. Membantu menjimatkan kos perbelanjaan harian isi rumah,
  4. Memperkasakan minat komuniti terutama generasi muda terhadap pertanian sebagai hobi melalui pertanian bandaran;
  5. Mewujudkan suasana komuniti yang cintakan alam sekitar , sentiasa menjaga keceriaan, kebersihan dan kehijauan (reduce carbon footprint).
  6. Memperkasakan peranan siswa-siswi UPM sebagai duta kecil dalam perlaksanaan aktiviti pertanian bandaran
  7. Memperkasakan jalinan dan kerjasama antara komuniti dan agensi setempat

 

STRATEGI PERLAKSANAAN BERIMPAK SEMASA DAN AKAN DATANG

Bagi melonjakkan penglibatan komuniti terhadap perlaksanaan Transformasi Pertanian Bandaran sebagai satu kaedah penjimatan kos sara hidup terutama kepada komuniti bandaran, disamping mencapai keselesaan kehidupan dari keluaran makanan sendiri berbagai variasi yang sihat dan selamat, UPM merancangkan beberapa program dan aktiviti yang lebih berfokus dan berimpak termasuk:

  1. Mewujudkan plot pertanian bandaran di setiap PTJ UPM
  2. Menggalakkan PTJ UPM menghasilkan produk berasaskan pertanian bandaran
  3. Mengadakan pertandingan Transformasi Pertanian Bandaran di peringkat PTJ UPM
  4. Mengadakan pertandingan Transformasi Pertanian Bandaran bagi kategori sekolah dan laman komuniti terpilih pada peringkat daerah atau peringkat kebangsaan.
  5. Melaksanakan projek anak angkat untuk program Transformasi Pertanian Bandaran di beberapa bandaran yang telah dikenalpasti bersama-sama dengan Pusat Tanggungjawab UPM yang relevan dan mahasiswa UPM.
  6. Melaksanakan projek sekolah angkat untuk program Transformasi Pertanian Bandaran di beberapa buah sekolah bandaran yang dikenalpasti.
  7. Memperkasa program pemindahan ilmu mengenai teknik-teknik dan perlaksanaan pertanian bandaran melalui latihan teknikal dan sangkutan, kursus dan lawatan.

 

INISIATIF PEMBANGUNAN PUTRA UA Kit


Putra UA Kit Fertigasi 



Putra UA Kit Labisia


Putra UA Kit Phylanthus


Putra UA Kit Longifolia

UA kit ini dibangunkan sendiri oleh sekumpulan warga UCTC dan ia bercirikan kos murah, ringan dan senang dibawa ke mana-mana, slim khusus untuk penggunaan di rumah pangsa, dan berstatus Do-It-Yourself (DIY). Banyak sekolah dan komuniti terpilih di seluruh negara telah pun menerima hadiah kit ini sebagai langkah pertama menggerakkan minat membangunkan plot UA di kawasan masing-masing. UA kit kini sedang dalam perolehan IPR supaya pihak yang berminat boleh membeli DIY kit ini dari UCTC.

 

UNTUK MAKLUMAN LANJUT, HUBUNGI:

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Telefon : +603-9769 1805/1806
No. Faks : +603-9769 4114/4107
Email: uctc_all@upm.edu.my

Kemaskini:: 20/11/2020 [zaidi_tajuddin]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcWAd~