UPM UCTC Organizing Series 1 Extension Discourses 2016 | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » UPM UCTC Organizing Series 1 Extension Discourses 2016

UPM UCTC Organizing Series 1 Extension Discourses 2016

YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris telah menyampaikan wacana yang bertajuk “Memasyarakatkan Universiti untuk Kesejahteraan Komuniti”.


20 Julai 2016, Serdang, Selangor –  Bertempat di Auditorium Canselori Putra, UPM, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah menganjurkan Program Wacana Pengembangan Siri 1 2016. Program Wacana Pengembangan 2016 bakal diadakan sebanyak empat kali setahun dan ini merupakan siri yang pertama bagi tahun 2016. Program ini adalah sebagai platform kepada pakar-pakar dari UPM untuk berkongsi dan menyebarluas kepakaran, idea dan pengalaman kepada umum.

Bagi siri 1 ini, Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris telah menyampaikan wacana yang bertajuk “Memasyarakatkan Universiti untuk Kesejahteraan Komuniti”. Antara objektif utama bagi program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya peranan setiap staf dan pegawai akademia dalam kerja transformasi komuniti demi untuk kesejahteraan dalam membangunkan negara. Fokus pengembangan di UPM adalah mengaplikasikan hasil penyelidikan, ilmu dan sumber yang ada di universiti dalam menyumbang kepada keperluan komuniti, organisasi dan industri ke arah peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan negara.

Program Wacana siri pertama ini telah disertai seramai 180 peserta yang terdiri daripada staf UPM dan juga wakil dari UCTC yang lain. Untuk makluman, Siri Wacana Kedua akan berlangsung Ogos 2016 pada tarikh  dan masa yang akan ditetapkan kelak. 


YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris  turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta Kursus Asas Sains Pengembangan Universiti 2016 Siri 1


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDcSAX~