UPM UCTC Exhibition In Conjunction With The KRT Taman Seri Serdang With Communit | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » UPM UCTC exhibition in conjunction with the KRT Taman Seri Serdang with Communit

UPM UCTC exhibition in conjunction with the KRT Taman Seri Serdang with Communit

Bas pengembangan UPM menerima kunjungan dari komuniti setempat


24 Julai 2016, Serdang, Selangor –  Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah mengadakan pameran UCTC bersempena dengan program KRT bersama komuniti yang telah berlangsung di Perkarangan Balai Raya KRT Serdang. Objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk mendekatkan lagi  universiti dan komuniti dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan mengenai program-program yang dijalankan oleh UCTC UPM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran bas pengembangan Putra dan interaksi bersama komuniti mengenai pertanian, soal jawab kesan penggunaan minyak masak terpakai terhadap kesihatan dan mengenalpasti konsep halalan toyyiban termasuklah logo halal dalam makanan.

Program ini berupaya mengekalkan kerjasama antara pihak universiti dan komuniti. Pameran ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohamad Satim Diman dan isteri, Datin Hajah Norhayati Haji Mohd Yusoff.

Pameran yang diadakan seawal  9. 00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang telah dihadiri seramai 50 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur. Terdapat cenderamata yang disediakan oleh pihak UCTC kepada pengunjung bas pengembangan Putra ini. Program ini berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan pengisian dan informasi yang berguna. Program ini dimeriahkan lagi dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat KRT Sri Serdang. 


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdRAo~