Beranang, 18 Oktober 2016 – UCTC UPM terlibat dalam Karnival Keusahawanan Dan Pendidikan Di Kampong Kuala Pajam, Beranang anjuran Mini RTC Kuala Pajam melalui pameran bas pengembangan PUTRA. Bersempena dengan karnival tersebut, UCTC UPM mengambil peluang membuat penyerahan papan tanda peserta bimbingan UCTC UPM serta kit rawatan ternakan ringan sebagai simbolik penutupan Program Transformasi Komuniti Penternak Ternakan Ruminan di Kampong Kuala Pajam setelah 3 bulan perlaksanaan aktiviti pemindahan ilmu kepada penternak serta penduduk di kawasan tersebut. Selain tumpuan kepada pengurusan ternakan, UCTC UPM juga menawarkan program pembangunan komuniti di kawasan tersebut melalui ternakan ayam kampong serta keusahawanan wanita melalui industri asas tani. Karnival tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Hj Johan Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Semenyih).
Date of Input: | Updated: | amir_peli
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan