PUTRA Outreach Bus Tour In Conjunction With River Terrapin Conservation Awarenes | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » PUTRA OUTREACH BUS TOUR IN CONJUNCTION WITH RIVER TERRAPIN CONSERVATION AWARENES

PUTRA Outreach Bus Tour in conjunction with River Terrapin Conservation Awarenes

kunjungan Y.B. Senator Datuk Hjh. Rohani binti Abdullah ke Bas Pengembangan Putra


Kemaman, 24 September 2016 –  Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah mengadakan Program Jelajah Bas Putra bersempena dengan program Kesedaran Konservasi Tuntung Sungai anjuran Fakulti Pengajian Alam Sekitar UPM di Astaka Kampung Pasir Gajah, Cukai, Kemaman, Terengganu. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan komuniti setempat dengan pihak UPM serta meningkatkan kesedaran konservasi spesis tuntung sungai di kalangan penduduk. Pelbagai aktiviti diadakan seperti program anak angkat-komuniti kampung, pelepasan anak tuntung ke sungai, pameran kesedaran oleh agensi tempatan serta sukan rakyat. Bagi pameran Bas Pengembangan UCTC UPM pula, aktiviti yang dijalankan adalah interaksi bersama komuniti terutamanya kanak-kanak mengenai konsep halalan toyyiban, pertanian serta kuiz mengenai penggunaan minyak masak terpakai terhadap kesihatan.

Pameran ini turut diserikan lagi dengan kunjungan Y.B. Senator Datuk Hjh. Rohani binti Abdullah ke Bas Pengembangan Putra pada sebelah petang setelah menyempurnakan upacara pelepasan anak-anak tuntung ke sungai.

Program yang diadakan seawal 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta dari kalangan penduduk Kampung Pasir Gajah serta NGO yang terlibat dengan program konservasi tuntung. Cenderamata juga disediakan oleh pihak UCTC kepada pengunjung bas pengembangan Putra ini. Program ini berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan pengisian dan informasi yang berguna.

 


Updated:: [zaidi_tajuddin]

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471801
0389464107
C1498442611