PUTRA Outreach Bus Tour In Conjunction With Mathematics And Science Exploration | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » PUTRA Outreach Bus Tour in conjunction with Mathematics And Science Exploration

PUTRA Outreach Bus Tour in conjunction with Mathematics And Science Exploration


Sungai Air Tawar, 27 Julai 2016 –  Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah dijemput untuk mengadakan aktiviti pameran Bas Pengembangan Putra di Dewan Serbaguna, Politeknik Sultan Idris Shah bersempena dengan programMathematics and Science Exploration Day anjuran Petrosains. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung bagi menyalurkan pengetahuan baru mengenai Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar. Bagi pameran Bas Pengembangan Putra UCTC UPM, pengenalan mengenai  serangga perosak tanaman, konsep halalan toyyiban, keburukan penggunaan minyak masak terpakai terhadap kesihatan serta maklumat mengenai program akademik UPM menjadi tema pameran pada hari tersebut. Pelajar sekolah  melibatkan diri dengan aktif dalam akiviti kuiz yang disediakan dan pelajar politeknik juga berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program-program pengajian yang ditawarkan di UPM.

Program yang diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang telah dihadiri oleh seramai 500 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah. Murid-murid dan guru-guru sekolah berhampiran juga turut serta dalam memeriahkan program ini.  Terdapat juga cenderamata yang disediakan oleh pihak UCTC kepada pengunjung bas pengembangan Putra. Program ini telah memberikan banyak manfaat dan juga informasi berguna buat komuniti pelajar di Sungai Air Tawar. 

 


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdSAF~