Pre Opening Ceremony For The Project On Development Of Composting Centre And Enh | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » Pre Opening Ceremony for the project on Development of Composting Centre and Enh

Pre Opening Ceremony for the project on Development of Composting Centre and Enh


Long Semadoh, 19 November 2016 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM akan membangunkan Pusat Pengkomposan dan Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh Di Parlimen Lawas, Sarawak yang bakal dimanfaatkan oleh 10 buah kampung masyarakat Lun Bawang di sekitar desa ini.

Majlis Pra Perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang merupakan pemimpin pertama dilantik dari kalangan komuniti Lun Bawang. “Ini satu program yang baik. Saya percaya penduduk mendapat manfaat dan mempelajari amalan pertanian terutama dalam pembuatan kompos dan pemprosesan asas tani, seterusnya menjual produk mereka untuk menjana pendapatan sampingan”, ujar beliau dalam ucapannya hari ini.

Majlis ini merupakan anjuran UCTC UPM bersama Jabatan Hutan Sarawak selaku rakan kerjasama strategik. Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Encik Jack Liam, Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, Ketua Polis Daerah Lawas dan Encik Dennis Yahya Ating, Penghulu Desa Long Semadoh.

Menurut pengarah UCTC UPM , Prof Madya Dr Hawa ZE Jaafar “ Program ini merupakan salah satu inisiatif UCTC UPM dalam program transformasi luar bandar terutama untuk meningkatkan sosioekonomi komuniti Long Semadoh melalui jualan kompos dan produk asas tani, serta memastikan kelestarian alam dan kebersihan kawasan sekitar sentiasa terpelihara melalui pemuliharaan bahan asli dan peningkatan sekuriti makanan masyarakat setempat.”

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Masakan Antara Kampung dengan Tema Kerepek dan Jem, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan penyampaian Insentif Pusat Pengkomposan kepada kampung-kampung yang terlibat.

Sehari sebelum perasmian, kumpulan wanita di desa ini telah mengikuti latihan dan demonstrasi masakan nasi lemak dan lempeng sebagai aktiviti sampingan.





Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdMAn~