PENJARANGAN ANAK BENIH | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » PENJARANGAN ANAK BENIH

PENJARANGAN ANAK BENIH

 

SAYANG NAK PINDAH! Ya untuk tanaman yang biji benihnya halus seperti sawi, kailan, bayam, lazimnya kita akan menyemai secara tabur dan menyebabkan biji benih tumbuh secara rapat-rapat. Kita berasa teruja bila lihat biji benih mula bercambah dan sayang nak pindahkan atau buang. Maka, kita biarkan sahaja.
.
Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti hasil tanaman yang kelihatan lebih sihat, subur, gemuk tidak akan kita perolehi. Ini kerana anak benih tersebut terpaksa bersaing untuk mendapatkan air, cahaya dan nutrien.
.
Pada kali ini, University Community Transformation Centre - UCTC UPM ingin berkongsi kepada anda berkaitan "PENJARANGAN".
.
Penjarangan anak benih adalah penting untuk memastikan tanaman kita mendapat sumber makanan yang mencukupi untuk tumbuh secara optimum bagi mendapatkan hasil yang maksimum. Pastikan kita lakukan penjarangan dan ada ruang yang cukup untuk anak benih terus membesar dengan sihat dan subur.
.
Semoga perkongsian ilmu pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

#UniversitiPutraMalaysia
#UCTCUPM
#BerilmuBerbakti
#DariGedungIlmukeLapangan
#TipPertanianUntukKomuniti
#PertanianAdalahPerniagaan
#TipsPertanian
#UNSDGs
#UPMAct4SDGT

Date of Input: 02/08/2021 | Updated: 02/08/2021 | k_mhafis

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdDAU~