NBOS Week Highlighted UCTC UPM At International Level | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » NBOS Week Highlighted UCTC UPM at International Level

NBOS Week Highlighted UCTC UPM at International Level


Putrajaya, 20 Ogos 2016 – Penganjuran Hari Terbuka NBOS dan International Conference on Blue Ocean Strategy (ICBOS) bersempena minggu NBOS ini telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 14-20 Ogos 2016 yang lalu. Sarat dengan pelbagai aktiviti seperti pameran, konferens, aktiviti sukan dan bazar jualan selama 7 hari ini, ianya telah menarik ribuan pengunjung orang ramai termasuk penyertaan daripada negara-negara Komanwel, ASEAN dan OIC serta rakan agensi dan juga pihak kementerian.

 

Universiti Putra Malaysia melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama Putra Science Park dan Fakulti Reka Bentuk dan Senibina telah mengadakan pameran ilmiah berkonsepkan idea pertanian, pendidikan dan keusahawanan. Minggu NBOS ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak dan perasmian penutup oleh Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEXXAE~