Serdang, 10 Januari 2017 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan lawatan sehari oleh Pegawai NCRC UUM. Lawatan penanda arasan ini bertujuan untuk meninjau prospek peluang kerjasama antara NCRC UUM dan UCTC UPM dari segi khidmat jaringan komuniti, kepakaran universiti, latihan dan juga penyelidikan. Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah NCRC UUM iaitu Prof. Madya Dr. Norehan Abdullah dan diiringi oleh 2 orang pegawai.
Date of Input: | Updated: 09/06/2017 | zaidi_tajuddin
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan