Be The Next Hero- Shining Back My Life Program | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » Be the Next Hero- Shining Back My Life Program

Be the Next Hero- Shining Back My Life Program


Semenyih, 9 September 2016 - Universiti Putra Malaysia dibawah kelolaan UCTC dan Persatuan Persatuan Transformasi Masyarakat dan Industri Melalui Pendidikan dan Penyelidikan telah menjalankan satu program yang diberi tajuk Hidupku Bersinar Kembali- Be the Next Hero yang dijalankan dari 26 Ogos hingga 9 September 2016.

Program yang dijalankan di Green View Broga, Semenyih ini disertai oleh golongan belia berketurunan India tercicir yang berisiko. Mereka berumur di antara 13  ke 21 tahun.Para belia ini didedahkan tentang kepentingan kemahiran insaniah antara nya adalah komunikasi berkesan, kerja dalam pasukan, kepimpinan, pemikiran kritis dan lain- lain. Tugasan yang diberikan sentiasa di dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

 

Setelah menjalani program ini selama 15 hari, mereka telah mempunyai keyakinan diri dan lebih positif dengan keupayaan diri mereka. Kebanyakkan mereka meneruskan pelajaran dan ada diantaranya yang telah diterima bekerja di industriorang belia yang telah menjalani program ini iaitu Lavinesh dan Sathiaseelan telah diterima bekerja di Syarikat CMD Services sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan hawa dingin. Tahniah diucapkan.



Updated:: [zaidi_tajuddin]

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471801
0389464107
C1508581027