60th Foundation Training Course Part 1: Visiting Parliament Of Malaysia | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » 60th Foundation Training Course Part 1: Visiting Parliament of Malaysia

60th Foundation Training Course Part 1: Visiting Parliament of Malaysia


Kuala Lumpur, 28 September 2016 - Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) sedang melaksanakan program antarabangsa kepada delegasi daripada beberapa agensi pentadbiran Bangladesh. Program 60TH Foundation Training Course (Part-1) bermula pada 26 September – 5 Oktober 2016. Seramai 29 peserta dipilih oleh Kementerian Pentadbiran Bangladesh, MoPA yang mana mereka berpeluang berkongsi pengalaman dan pendedahan dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia. Antara pengisian program adalah ceramah dan lawatan ke agensi kerajaan.

Pada 28 September 2016 (Rabu) UCTC telah diberi peluang oleh Parlimen Malaysia untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad bersama pihak delegasi. Kedatangan delegasi disambut meriah oleh pihak Parlimen. Kunjungan daripada UPM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hawa Ze Jaafar, pengarah UCTC bersama ketua delegasi Dr. Muhammad Abu Yusuf, Pengarah BAPTC Bangladesh dan Prof. Madya Dr. Uma Rani Sinniah, Timbalan Pengarah UCTC.

 



Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEURAb~