Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM berperanan sebagai penyelaras program komuniti universiti dengan meletakkan UPM sebagai universiti pengendali khidmat pengembangan atau komuniti yang terunggul. Berasaskan Pelan Strategik UPM 2021-2025 UCTC dipertanggungjawabkan untuk menerajui Matlamat 3 iaitu melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat dan mencapai Matlamat 4 iaitu memperkasakan pertanian dan ketahanan sekuriti makanan.
Dalam usaha mendukung matlamat UPM untuk menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan ke arah pembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa; Universiti telah mengenal pasti tujuh komuniti tumpuan untuk dijalankan aktiviti. Penumpuan ini bagi memastikan aktiviti yang dilakukan dapat memberi impak yang boleh diukur daripada hasil kerjasama tersebut. Komuniti tersebut ialah:
SENARAI 7 KLUSTER BAGI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI UPM
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan