UCTC UPM Fokus Dalam Program Pembangunan Usahawanita | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » UCTC UPM fokus dalam program pembangunan usahawanita

UCTC UPM fokus dalam program pembangunan usahawanita

Perbincangan awal antara Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia bersama pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  dalam melaksanakan Program Ikonik Wanita iaitu LaWa (Laman Wanita) yang merupakan platform keusahawanan bagi para wanita yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam pembangunan negara.

Projek rintis ini melibatkan kerjasama antara KPWKM dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya melalui universiti yang berkenaan (UPM). Usaha sama melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Kementerian dan agensi lain ini dapat menjimatkan kos dan dilaksanakan dengan segera bagi memberikan impak yang tinggi kepada kumpulan sasar.

Program LaWa ini melibatkan penyertaan usahawan wanita yang antaranya terdiri daripada golongan B40 bagi membantu mereka menjana pendapatan. Sebahagian daripada mereka merupakan ibu tunggal dan penerima bantuan kebajikan dan dalam konteks di IPT akan turut melibatkan golongan mahasiswi.

Tarikh Input: 09/06/2017 | Kemaskini: 09/06/2017 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEZAAn~