UCTC UPM Bantu Tingkat Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » UCTC UPM Bantu Tingkat Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh

UCTC UPM Bantu Tingkat Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh


Long Semadoh, 7 November 2016 – Susulan lawatan pertama di Long Semadoh, Lawas pada 23 Oktober lalu, kumpulan kerja Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM di bawah projek Pembangunan Pusat Pengkomposan dan Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh di Parlimen Lawas, Sarawak telah mengadakan Demonstrasi Pengkomposan dan Demonstrasi Penghasilan Kerepek dan Jem Nenas di sini.

Satu tapak demo pengkomposan di bangunkan bersama komuniti sebagai satu contoh dalam pembangunan Pusat Pengkomposan Desa Long Semadoh. Komuniti di latih dan diberi latihan hand on bermula penyediaan lubang, penyediaan bahan sehingga penghasilan kompos matang.

Kaum wanita didedahkan dalam teknik asas pemprosesan kerepek dan jem nenas di samping pembungkusan dan penjenamaan produk mereka. Mereka turut diajar cara memasak cucur dan pengat yang boleh dijadikan salah satu daripada menu untuk keluarga dan berpotensi di jual kepada masyarakat sekitar.

Hasil daripada aktiviti ini, Pertandingan Kompos dan Masakan antara kampung akan dianjurkan bersempena Majlis Pra Perasmian Pembangunan Pusat Pengkomposan dan Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh Di Parlimen Lawas pada 19 November 2016 yang akan merasmikan oleh YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).  

Rapid Rural Appraisal turut dibuat yang melibatkan 50 orang responden daripada 10 buah kampung di Desa Long Semadoh. 

 





Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdFA0~