Sesi Jaringan Penanda Arasan UCTC Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke UCTC UPM | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Sesi Jaringan Penanda Arasan UCTC Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke UCTC UPM

Sesi Jaringan Penanda Arasan UCTC Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke UCTC UPM

Serdang, 16 Mac 2018- Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan lawatan sehari oleh delegasi UCTC Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Lawatan penanda arasan ini bertujuan untuk meninjau prospek peluang kerjasama antara UCTC UNIMAS dan UCTC UPM dari segi khidmat jaringan komuniti, kepakaran universiti, latihan dan juga penyelidikan.

Delegasi berkenaan diberi taklimat korporat oleh Prof Dr Mansor Abu Talib, Pengarah UCTC UPM sebelum dibawa melawat fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh UCTC UPM

Prof Dr.Mansor Abu Talib berkata warga UCTC UPM mengucapkan terima kasih dan amat mengalu-alukan kedatangan delegasi UNIMAS ke UCTC UPM dan berharap jalinan kerjasama bagi memantapkan UCTC dari kedua-dua universiti dapat dijalinkan bersama pada masa akan datang.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXETLAr~