Sesi Jaringan Pelajar MSc Food Security, University Of Edinburgh Ke UCTC UPM | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Sesi Jaringan Pelajar MSc Food Security, University Of Edinburgh Ke UCTC UPM

Sesi Jaringan Pelajar MSc Food Security, University Of Edinburgh Ke UCTC UPM

Serdang, 13 April 2018- Pihak UCTC UPM menerima kunjungan dari delegasi pelajar MSc Keselamatan Makanan dari University of Edinburgh, UK. Seramai 30 orang pelajar telah hadir dan menerima ucapan aluan dari Prof Dr Mansor Abu Talib,Pengarah UCTC UPM. Seterusnya Prof Dr Umarani Sinniah membentangkan senario keselamatan makanan dan pertanian di Malaysia, manakala Prof Madya Dr Faez Firdaus Jesse Abdullah membentangkan senario keelamatan makanan dan ternakan di Malaysia.

UCTC UPM mengiringi delegasi tersebut melawat ladang tenusu dan ladang rusa TPU UPM bagi melihat pengurusan ternakan tersebut. UCTC UPM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian delegasi dari University of Edinburgh memilih UPM dan UCTC UPM untuk lawatan pelajarnya dan Taman Pertanian Universiti diatas sumbangan dan sokongan selama program ini berlangsung.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEUUAb~