REDESIGNING UCTC | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » REDESIGNING UCTC

REDESIGNING UCTC

Port Dickson, 22 Ogos 2017 - Pengurusan baharu UCTC telah mengorak langkah dengan mengadakan Bengkel Redesigning UCTC bertempat di Akar Resort, Port Dickson pada 18 – 20 Ogos 2017 yang lalu. Seramai 28 orang pegawai UCTC telah terlibat dalam program selama 3 hari 2 malam tersebut.

Resolusi bengkel telah merumuskan beberapa perkara seperti penjenamaan nama baharu terhadap beberapa program terdahulu, penerapan faktor wow dalam program yang akan dijalankan, menilai kembali impak terhadap program yang telah dijalankan sebelum ini, meninjau aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh pihak UCTC ipta yang lain serta mencadangkan beberapa program dan aktiviti baharu menjelang tahun 2018-2020. 

Kesimpulannya, program telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif bengkel melalui penglibatan ketiga-tiga bahagian di dalam UCTC ke arah Redesigning UCTC tanpa menafikan kejayaan yang ditempa oleh pengurusan UCTC sebelum ini agar organisasi ini terus kukuh dan unggul dengan program-program yang berimpak tinggi.

Tarikh Input: 23/08/2017 | Kemaskini: 23/08/2017 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdRAK~