SERDANG, 28 April 2018 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah melaksanakan kursus penternakan ayam kampung pada 28 – 29 April 2018. Seramai 15 orang bakal penternak muda dan penternak yang telah berkecimpung dalam bidang ternakan ayam kampung telah mengikuti kursus ini.
Tenaga pangajar dari UPM iaitu pakar ayam kampung AKAR PUTRA, Prof. Madya Dr. Azhar Kasim serta dua orang usahawan ayam kampung En. Adly Shah dan En. Zamri Mohammad dari Orilui Neutral Farm terlibat dalam perkongsian ilmu kepada peserta. Demo dan amali ternakan pemakanan ayam kampung ditunjukkan sepanjang program. Lawatan ladang juga diaturkan kepada peserta.
Tarikh Input: 03/05/2018 | Kemaskini: 03/05/2018 | zaidi_tajuddin
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan