Pakar UPM Menelusuri Daerah Batang Padang Bersama Komuniti | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Pakar UPM Menelusuri Daerah Batang Padang bersama Komuniti

Pakar UPM Menelusuri Daerah Batang Padang bersama Komuniti

Tapah, 27 September 2017 – Universiti Putra Malaysia melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti dengan kerjasama dengan  Majlis Profesor Negara dan Jabatan Pertanian Daerah Batang Padang telah mengadakan Program Klinik Pertanian Daerah Batang Padang pada 26 hingga 27 September 2017 yang lalu.

Klinik Pertanian ini merupakan pengisian khas di bawah Karnival Aspirasi Usahawan yang diadakan serentak sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya Simulasi Adik Bijak Cerdik Duit, Forum Pertanian, Klinik Pakar Pertanian, Pameran pusat tanggungjawab UPM serta demonstrasi pertanian.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Saarani Bin Mohamad, Exco Pertanian Perak yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak.

Sehari sebelum itu, para peserta daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar daerah ini telah mengikuti Motivasi Pelajar: Jom Masuk UPM serta Aspirasi Pertanian Negara: Program TN 50 bersama UCTC UPM serta Majlis Profesor Negara.

Disediakan Oleh: Ainul Mardhiyyah Mohamed Ghazali

Tarikh Input: 06/10/2017 | Kemaskini: 06/10/2017 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEUQAh~