Metodologi Pengembangan Tingkat Profesionalisma Staf Institut Pertanian Sarawak | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Metodologi Pengembangan Tingkat Profesionalisma Staf Institut Pertanian Sarawak

Metodologi Pengembangan Tingkat Profesionalisma Staf Institut Pertanian Sarawak

Semongok, 30 Mac 2018 -  Kursus Metodologi Pengembangan Pertanian (Siri 1) pada 13 - 14 Mac 2018 dan Siri 2 pada 27 - 28 Mac 2018 di Institut Pertanian Sarawak, Semongok merupakan sesi pemindahan ilmu yang dikendalikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti UPM  (UCTC UPM).

Seramai 60 orang pegawai Jabatan Pertanian Sarawak dari setiap daerah terpilih telah terlibat di dalam kursus ini; yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang konsep, prinsip dan etika pengembangan dalam pembangunan komuniti setempat. Sesi pemindahan ilmu ini juga telah membuka minda serta meningkatkan profesionalisma di kalangan peserta seterusnya pengamalan di tempat kerja dan dilapangan.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdJA3~