Serdang, 13 April 2018 - Program kerjasama antara UCTC, UPM dan Ministry of Public Administration (MoPA), Bangladesh yang telah terjalin dari tahun 2013 diteruskan lagi pada tahun 2018. Program ini melibatkan 35 orang delegasi Bangladesh telah mengikuti program dengan jayanya.
Objektif utama program adalah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam agenda pembaharuan pentadbiran awam, inovasi dan amalan terbaik dalam pentadbiran di Malaysia. Beberapa siri ceramah dan lawatan ke agensi diatur sepanjang program berlangsung. Antara agensi yang telah dilawati ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Selain itu, beberapa agensi turut dijemput untuk untuk berkongsi maklumat berkiatan pentadbiran awam seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan EPU dan termasuk pakar dari UPM.
Tarikh Input: 03/05/2018 | Kemaskini: 03/05/2018 | zaidi_tajuddin
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan